REDIANZE

Redianze by Eskayvie

SOALAN LAZIM

  • Bagaimana cara TERBAIK untuk saya amalkan REDIANZE?
Disarankan agar diambil sejam sebelum atau selepas makan untuk membantu penyerapan maksima. Campurkan isi kandungan paket kedalam 200mL air sejuk (atau suhu bilik) untuk menikmati minuman yang lazat. Untuk hasil yang lebih baik, pastikan pengambilan air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.



  • Bila saya akan melihat kesannya?
Sekiranya anda mengamalkan secara berterusan, anda akan merasai perubahan berlaku secara dalaman dan luaran dalam masa 6 hari. Setelah sebulan, kesannya lebih menyerlah. Menjelang 3 bulan, anda akan kelihatan berbeza, lebih muda remaja, lebih bertenaga dan lebih mengagumkan.

  • Apakah perlu untuk mengambil lebih dari satu paket sehari?
Satu paket sudah mencukupi, Setiap paket mengandungi sukatan yang mencukupi untuk menyerlahkan kesan awet mudanya.

  • Siapa yang disarankan untuk mengambil REDIANZE?
REDIANZE sesuai untuk diambil oleh kaum lelaki dan wanita yang berhasrat untuk memperoleh "KESEMPURNAAN dari dalaman" agar dapat sentiasa mengekalkan keremajaan dari sudut kesihatan dan kecantikan.

  • Adakah REDIANZE disarankan kepada wanita hamil dan yang menyusukan bayi?
Walaupun REDIANZE mengandungi bahan semulajadi, namun adalah disarankan agar pengguna mendapatkan khidmat nasihat dari pakar sebelum pengambilan.

  • Adakah LELAKI disarankan untuk mengamalkan REDIANZE?
Sudah tentu..!!!! Kami yakin kaum lelaki tidak ingin ketinggalan dan menikmati kesan kesihatan dan awet muda yang begitu mudah dengan REDIANZE. Perlu dijelaskan di sini bahawa REDIANZE tidak mengandungi sebarang hormon wanita yang boleh menjejaskan sifat kelakian mereka.

  • Berapa umur yang sesuai untuk memulakan amalan REDIANZE?
Kami mencadangkan ia diambil seawal 20an untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan anda.

  • Adakah terdapat sebarang kesan sampingan?
Tiada sebarang kesan sampingan. Bahan yang digunakan didalam REDIANZE adalah bebas dari alahan, kekotoran dan pencemaran. Ia selamat untuk diamalkan.

  • Bolehkah REDIANZE diamalkan dengan selamat pada jangkamasa panjang?
YA...!!!! Semua bahan yang digunakan adalah semulajadi dan selamat digunakan dalam tempoh yang panjang.

  • Adakah berat badan akan bertambah selepas pengambilan REDIANZE?
TIDAK.Malah mungkin sebaliknya. Kandungan REDIANZE adalah rendah kalori dan ia membantu dalam pembakaran lemak ketika bersenam. REDIANZE juga membina jisim otot. Lebih banyak otot akan membantu meningkatkan kadar metabolisme dimana ia akan meningkatkan kadar pembakaran lemak dan seterusnya memudahkan kawalan berat badan.

  • Sekiranya saya berhenti mengambil REDIANZE, apakah yang bakal berlaku?
REDIANZE tidak menyebabkan ketagihan. Namun, proses penuaan dan perubahan degeneratif adalah berterusan. Sekiranya REDIANZE tidak diambil, komponen anti-degeneratif dan blok jaringan akan semakin mengurang. Ini akan menyebabkan keremajaan dan kesihatan anda semakin mengurang seiring dengan masa.

  • Adakah REDIANZE HALAL?
Ini yang sepatunya kita perlu KETAHUI...REDIANZE telah memperolehi SIJIL HALAL dari JAKIM dan sesuai diambil oleh semua individu

114 comments:

  1. adkah sesuai di ambil jika ada masalah pnyakit gout ?

    ReplyDelete
  2. Redianze juga sesuai di ambil oleh mereka yang mengalami masalah gout

    ReplyDelete
  3. Adakah produk ini boleh membntu mengurangkan keguguran rambut

    ReplyDelete
  4. Redianze boleh membantu secara tidak langsung untuk mengurangkan masalah keguguran rambut. Ini berdasarkan fungsi Redianze itu yang membantu memulihkan sel-sel dari dalam badan.

    ReplyDelete
  5. Ada yang mengatakan redianze x boleh di ambil sewaktu period. Betul ke?

    ReplyDelete
  6. Redianze boleh diambil ketika period. Ini kerana redianze merupakan kolagen dan bukannya sejenis hormon. Saya berpendapat mungkin yang mengatakan itu terkeliru antara redianze dan juga satu lagi produk iaitu reverse yang berasaskan phyto-estrogen.

    ReplyDelete
  7. redianze ni boleh ke org pregnant dan menyusu minum nya??

    ReplyDelete
  8. Perempuan Pregnant jika hendak minum, sebaik-baiknya selepas 3 kandungan berusia 3 bulan dan menyusu badan boleh meminum redianze macam biasa tetapi lebihkan pengambilan air suam dan sayuran hijau

    ReplyDelete
  9. Adakah produk ini boleh membantu mengatasi masalah resdung yang menyebabkan jerawat di muka dan di belakang badan??

    ReplyDelete
  10. Produk ini boleh mengatasi masalah jerawat yang disebabkan oleh resdung. Setakat yang saya tahu, ada pengguna saya yang menghidap resdung mendapat manfaat dimana jerawat dan parut jerawat juga semakin kurang dan juga kesan-kesan resdung juga semakin kurang walaupun tidak hilang terus.

    ReplyDelete
  11. Adakah produk ini boleh membantu mengasi masalah kencing manis??????????????????

    ReplyDelete
  12. Produk ini boleh membantu masalah kencing manis secara tidak langsung jika diambil dgn aturan yang sesuai. Ambil produk ini 1 jam sebelum sarapan dan anda tidak akan rasa lapar utk makan tengah hari. Ambil makan malam macam biasa.

    Selain itu, produk ini dapat meningkatkan metabolisma dan juga melancarkan perjalanan darah yang mana semua ini akan membantu mengurangkan masalah kencing manis.

    ReplyDelete
  13. adakah produk ini boleh membantu mengatasi penyakit tiriod dan denyutan jantung laju di sebabkan tiriod.???????

    ReplyDelete
  14. boleh ke redianze mengurangkan kesan parut jerawat yg berlubang,,,

    ReplyDelete
  15. Selamat Hari Raya kepada semua pengguna Redianze,

    Saya mohon maaf kerana agak terlewat untuk menjawab persoalan yang dikemukakan sebelum Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.

    Bagi soalan berkenaan Tiriod, redianze mampu mencegah penyakit tiriod melalui salah satu fungsinya iaitu mencegah proses kemerosotan fungsi organ dalm badan.

    Bagi soalan seterusnya berkenaan kesan parit jerawat, redianze mampu menghilangkan kesan parut jerawat tetapi utk kesan yang lebih menyerlah bagi wanita digalakkan pengambilannya disertakan dengan pengambilan reverse (reverse2u.blogspot.com)

    ReplyDelete
  16. salam,sy ingin bertanya..adakah redianze berkesan untuk penyakit kulit seperti panau? ia mengambil masa berapa lama untuk panau tersebut hilang?tq

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Redianze boleh menyembuhkan penyakit kulit sepeti panau dan lain-lain. Tempoh masa agak sukar untuk dinyatakan kerana redianze akan melakukan penyembuhan dari dalam kulit iaitu melalui sel-sel dalaman.

    ReplyDelete
  18. salam,selepas dah dapat result yang di ingini,adakah boleh terus menghentikan pengambilan Redianze atau perlu terus mengambilnya?

    ReplyDelete
  19. Salam,

    Selepas mendapat result yang diingini, pengguna dinasihatkan tidak berhenti pengambilan Redianze, ini kerana selepas berhenti, badan kita akan beransur-ansur menggunakan kolagen yang diberikan oleh Redianze dan jika penghasilan kolagen secara semula tidak mencukupi keperluan, maka keadaan badan akan kembali kepada asal (bergantung kepada keadaan sekeliling).

    ReplyDelete
  20. salam,

    nak makan selang2 boleh takk...?

    ReplyDelete
  21. Terpulang pada pengguna untuk makan selang-selang. Tapi hasilnya akan menjadi lambat sedikit

    ReplyDelete
  22. Bg org yg ada mslh payudara kecil dan kendur .... blh atasi mslh ini ke? Sbb mcm2 product diguna...tp semuanya xde kesan lgsg....

    ReplyDelete
  23. Untuk payudara yang kendur, produk yang sesuai adalah reverse. Tetapi untuk kesan yang lebih baik boleh gunakan redianze dan reverse.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Redianze dan reverse boleh diambil serentak?

      Delete
  24. assalamualaikum....sekarang ni saya sedang mencuba satu produk untuk mengurangkan berat badan dalam bentuk jus(jus rozel) so bolehkah saya mencampur guna produk tersebut dengan produk tuan ini....

    ReplyDelete
  25. Waalaikumsalam Shahrul,

    Produk ini boleh dicampur dengan produk lain. Takde masalah.

    ReplyDelete
  26. saya baru mengalami chicken pox...adakah produk ini boleh membantu menghilangkan parut bekas chicken pox?
    tqvm

    ReplyDelete
  27. Insyaallah produk ini boleh menghilangkan kesan parut chicken pox dengan pengambilan yang berterusan. Ini berdasarkan testimoni pengguna saya yang mana kesan parut kemalangan kereta yang dialaminya dapat dihilangkan dengan pengambilan redianze secara konsisten.

    ReplyDelete
  28. Saya amat tertarik dgn produk radianze ini.Bolehkah pesakit thyroid mengambil produk redianze? mampukah produk ini myembuhkan penyakit thyroid selain daripada mencegah penyakit ini sekiranya diambil secara konsisten dan apakah kesan sampingan ketika proses pemulihan berlaku ke atas pesakit thyroid yang mengambil produk ini?

    ReplyDelete
  29. Pesakit Thyroid boleh mengambil produk redianze. Tetapi kesan penyembuhan saya kena rujuk balik dengan Dr. Syid. Saya akan maklumkan kemudian.

    ReplyDelete
  30. Terima kasih En.Azmir..saya menanti maklumat lanjut tentang penggunaan dan proses pyembuhan redianze ini ke atas penyakit thyroid memandangkan produk ini bukan saja untuk tujuan kecantikan tetapi juga untuk kesihatan..selama ini saya mencari produk atau suplimen yg sesuai untuk membantu pesakit thyroid selain drp treatment yg telah diberikan.

    ReplyDelete
  31. Salam semua,

    Maaf kerana lambat menjawab soalan berkenaan pesakit tyroid. Saya baru dapat berjumpa sendiri dgn Dr. Syed. Redianze mampu mengurangkan dan jika pengambilan yang berterusan dan berpanjangan boleh mengubati penyakit tyroid kerana ia mempunyai anti radang yang kuat. Kesan sampingannya untuk penyakit tyroid hampir tiada. Jika ada pun amat minimal.

    ReplyDelete
  32. Brp harga redianze untuk sabah dan&sarawak? Adakah kos phantaran ke sabah & sarawak msh pcuma?

    ReplyDelete
  33. Bagi Sabah dan sarawak saya jual pada RM155 juga dan kos penghantaran masih percuma.

    ReplyDelete
  34. salam..jerawat biasa-biasa n kadang-kadang boleh hilangkan?boleh lancarkan aid x?

    ReplyDelete
  35. sory ..bkn aid tpi haid

    ReplyDelete
  36. salam saya pernah nampk ade dijual di Gurdian.tetapi xpasti harganya.berapa harga ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Guardian dijual RM159.00... baru je nampak tadi...

      Delete
  37. salam umur 19 tahun sesuai x?memang boleh cantikkan kulit ?Kalau awal penggunaan ade kesan sampingan x?

    ReplyDelete
  38. salam produk ni boleh anjal n besarkan breast ke

    ReplyDelete
  39. Salam semua,

    saya akan jawab beberapa persoalan yg dikemukakan diatas,

    1. Untuk lancarkan haid, perlu mengambil reverse, Redianze boleh hilangkan jerawat, jeragat dan sebagainya.

    2. Pengambilan lebih awal lebih baik. Tiada kesan sampingan.

    3. Redianze bleh menganjalkan breast, tetapi untuk membesarkan breast boleh ambil reverse.

    ReplyDelete
  40. salam

    Umor saya 48 tahun . Pada usia ini apa yang patut saya ambil? Adakah REDIANZE atau REVERSE atau dua-dua?

    ReplyDelete
  41. Salam... Bole ambil kedua2nya kerana:

    Redianze membantu mengekal dan memulihkan dalaman kita tambahan bila kita meningkat usia

    Reverse pula dapat membantu melambatkan menopaus dan mengurangkan simptom2 menopaus seta pada masa yg sama menstabilkan hormon wanita kita

    ReplyDelete
  42. Berapakah kepekatan (mg) kolagen yg terkandung dalam setiap paket Redianze.

    ReplyDelete
  43. Kepekatan kolagen terkandung dalam setiap paket Redianze adalah 5000mg.

    ReplyDelete
  44. berapakah kepekatan vitamin C dan Vitamin E dalam Redianze?

    ReplyDelete
  45. Di mana saya boleh dapatkan Redianze di Kuching, Sarawak dan berapa harga satu kotak?

    ReplyDelete
  46. Jawapan dari Dr. Syed berkenaan kepekatan Redianze adalah seperti berikut.

    Kesan singlet oxygen quenching Vitamin C 6000 manakala terhadap Tocotrienol hampir 550.

    Redianze boleh di beli dgn saya pada harga RM155 seluruh Malaysia dengan kos penghantaran percuma.

    ReplyDelete
  47. can your products work for black people?

    ReplyDelete
  48. Yes, this product can work with black people. There is no problem for that.

    ReplyDelete
  49. sy menyusukan baby boleh ke sy ambil redianze?

    ReplyDelete
  50. Salam Shelly,

    Redianze boleh diambil ketika menyusukan anak.

    ReplyDelete
  51. pada peringkat permulaan, bolehkah saya minum 2 paket sehari untuk mempercepatkan kesannya?

    ReplyDelete
  52. nak tanya ni... bila waktu yg lebih sesuai utk minum redianze? pagi, tengahari atau malam?

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    1. Redianze jika diambil lebih dari satu paket sehari tidak akan mempercepatkan prosess atau kesannya kerana badan kita hanya boleh menyerap 5000mg sehari sahaja kolagen. Selebihnya akan dibuang melalui proses perkumuhan.

    2. Redianze sesuai diambil pada waktu pagi 1 jam sebelum sarapan atau pun waktu malam 1 jam sebelum tidur. Ia bergantung pada badan seseorang. Ada yang kata badan akan lebih bertenaga jika diambil pada waktu pagi dan ada yang kata akan lebih segar jika diambil pada waktu malam.

    ReplyDelete
  54. salam lina n azmir, saya amalkan sejenis kopi untuk penjagaan kesihatan. kopi kh, sangat terkenal di utara tanahair pada setiap hari antara 7pg-8pg. soalan saya, bolehkah saya ambil redianze tanpa meninggalkannya?

    ReplyDelete
  55. Salam,

    Boleh ambil kopi dgn redianze. Takde masalah. Ambil Redianze 1 jam sebelum minum kopi untuk kesan terbaik atau malam 1 jam sebelum tidur.

    ReplyDelete
  56. salam,

    saya dah ambil redianze 23 hari. kenapa saya rasa belum ada apa-apa kesan. Adakah redianze ini tidak sesuai untuk saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perubahan adalah mengikut individu. Jd cepat atau lambat tindakan adalah bergantung kpd sistem badan individu. Sy cadangkan gunakan sehingga 90 hari dan biasanya perubahan org keliling kita yg akan nmpk. Biasanya itulah testimoni dr pengguna.

      Delete
  57. Saya baru berkahwin..dan ada mmpunyai kesan jerawat(lubang2 kecil di muka) kerana saya ada jerawt pada 10thn yg lepas...so saya perlu ambil yg mana utk try dulu? Dan bagaimana jika sya baru nak mengandung? Adakah dgn pengambilan radienze akn membuatkan effect lmbt mengadung?

    ReplyDelete
  58. Salam,

    Redianze boleh membantu menghilangkan kesan2 jerawat. Redianze tidak mengganggu untuk proses mengandung.

    ReplyDelete
  59. Adakah produk ni sesuai di ambil oleh wanita yang telah menopause, mengalami masalah dgn darah tinggi Dan punya issue dgn fatigue?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk ni sesuai utk semua termasuk mereka yg mempunyai masalah seperti yg dikata di atas. Tetapi saya cadangkan pengambilan selama 3 bulan utk menampakkan hasil.

      Delete
  60. Salam ... Saya berumur 49 tahun. Saya x dtg period sejak bln jun lepas. Pernah mengidap cyst di ovari. Telah buang lebih 10 tahun tetapi cycst tumbuh. Bolehkah redianze dan reverse memulihkan semula kedatangan period saya dan adakah selamat sebab ada history penyakit cyst di atas. Tk

    ReplyDelete
  61. Salam, Puan boleh cuba mengambil redianze dan reverse. Insyallah redianze boleh membantu untuk memulihkan sel-sel rahim. Manakala reverse pula boleh menstabilkan semula hormon estrogen puan.

    ReplyDelete
  62. Puan masih belum jawab soalan saya samada selamat utk mkn kedua2 produk kerana cyst saya tumbuh semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maaf. Mulakan dgn Redianze dahulu. Reverse kurang sesuai buat masa ni. Redianze akan membantu pemulihan dalaman kita termasuk masalah cyst itu. Selamat mencuba Redianze

      Delete
  63. salam bole tanya. sy ada amek sd2 so bole cmpur ke redianze n sd2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sepatutnya tiada masalah tetapi bila kita mebgambil produk berlainan kita harus tahu kenapa kita mengambilnya dan sekiranya sebabnya sama, cth: langsingkan badan. Dengan pennilan dua atau lebih produk serentak, kita tak tahu produkyg manakah berhasil. Atas sbb itu saya sering sarankan habiskan dulu apa yg kita ambil skrg kemudian baru mula yg baru. Ttp sekiranya produk2 tersebut x ada fungsi yg sama bole ambil bersama tiada masalah

      Delete
  64. Salam,
    1.macam mana kalau makan satu sachet 2 hari skali.. means selang2 sebab nak jimat..

    2. boleh hilangkan lingkaran gelap bawah mata tak, and kalau saya cengkung, bila makan makin cengkung ?

    3. badan jenis susah nak absorb nutrient, jadi susah nak gemuk, adakah badan saya susah nak absorb radianze juga?

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum,
    1. Boleh makan selang sehari tp perubahan yg diingini lambat dicapai

    2. InsyaAllah bole hilangkan lingkaran bwh mata tp dgn pengambilan berterusan. Tidak akan cengkung. Kiranya ingin tambah berat badan boleh tukar waktu pengambilan kepada malam sblm tidur

    3. Saya cadangkan pengambilan Nutrelle bersama Redianze kerana Nutrelle akan melakukan detox atau penyingkiran toksin dalam badan. Bila toksin dalam badan berkurang, penyerapan nutrient dan supplemen lain semakin mudah

    Terima kasih

    ReplyDelete
  66. Salam hormat

    Nak tanya, adakah guardian terpilih sahaja ada menjual produk ini. Jika ya, dimana?

    ReplyDelete
  67. Salam hormat,

    Ya, hanya guardian terpilih sahaja yang yang menjual redianze dan maaf kerana saya tidak mempunyai maklumat di guardian mana yang menjual redianze.

    ReplyDelete
  68. Saya ingin bertanya, bolehkah saya campurkan Redianze ini dengan fresh juice atau cordial lain (ribena,sunkist) untuk minum?

    ReplyDelete
  69. Salam newme,

    Redianze boleh dicampurkan dengan fresh juice atau kordial, tetapi pada pandangan saya, rasanya yang sedap tidak memerlukan untuk dicampurkan dengan perisa lain lagi

    ReplyDelete
  70. Bolehkah redianze membantu pesakit buah pinggang yg sdg menjalani dialisis 3 kali seminggu

    ReplyDelete
  71. Redianze boleh diambil oleh pesakit buah pinggang. Cuma disyorkan ambil malam sebelum tidur

    ReplyDelete
  72. Salam, sy ingin bertanya sejak ibu saya menggunakan produk redianze dia akan membuang air besar secara normal sebanyak 2-3 kali sehari. Berbanding sebelumnya dia hanya membuang sekali saja. Adakah ini mmg salah satu kesan normal lepas pengambilan redianze atau sebaliknya?

    ReplyDelete
  73. Ia merupakan kesan normal selepas pengambilan redianze. Membuang air 2-3 kali sehari adalah yang terbaik dan disyorkan oleh doktor.

    ReplyDelete
  74. sesuai ker produk ini untuk penyembuhan tulang patah or pecah selepas kemalangan?

    ReplyDelete
  75. Redianze boleh diambil untuk mempercepatkan penyembuhan tulang selepas kemalangan

    ReplyDelete
  76. assalammualaikum

    boleh tak saya bagi nama dan contact no. stokis/supplier nutrelle dan redianze kat brunei darussalam? terima kasih.

    ReplyDelete
  77. Assalamualaikum Kepada Pengguna di Brunei,

    Setahu saya tidak ada stokis dan supplier di Brunei.

    ReplyDelete
  78. Salam,
    Saya ada pergi ke office di laman seri tapi tutup.apakah waktu operasi aeskayvie?saya sudah dpt kad member,jadi apa cara lain utk saya membeli kerana nak pergi ke shah alam agak jauh.
    saya tak minum dah bbrp hari,adakah tak berkesan apa yg telah saya minum?(1 kotak nutrelle dan 1 kotak radianze)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Bole beli dgn sy spt cara tercatat dlm blog sy ni www.redianze.com di bahagian kanan blog sy harga dan cara pembelian. Bole juga terus sms kpd sy di 012-2105610-Lina atau 012-6015610-Azmir(suami sy). Jika dah jd ahli hanya sms sy nama dan no keahlian utk sy semak dgn HQ dan bole beli dgn harga ahli dgn sy.

      Jika tertinggal beberapa hari tiada sebarang masalah akan berlaku krn kandungan redianze dan nutrelle adalah dr bhn semulajadi. Hanya teruskan pengambilan kiranya stok telah ada di simpanan.

      Delete
  79. Salam,
    Sesuai ke produk ini untuk lelaki?
    Apakah syarat2 nak jadi ahli dan bagaimana nak mendaftar sebagai ahli

    ReplyDelete
  80. Salam,

    Redianze sesuai untuk semua sama ada lelaki atau wanita. Untuk menjadi ahli, hanya perlu membuat belian rm200 ke atas sahaja.

    ReplyDelete
  81. Salam, bagaimana nak pastikan produk ini tiruan atau original di pasaran sekarang ? Ada tanda sepeti hologram kah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pjot,

      Setakat yang saya tahu produk ini belum ada tiruan lagi. Jika Pjot masih ragu-ragu, Pjot boleh membeli dengan pengedar yang sah untuk memastikan keaslian produk.

      Delete
    2. Salam..sy berumur 26thn..mempunyai jerawat di muka..adakah sy perlu mengambil eskayvie dan nutrelle? Jika sy membeli dengan puan..adakah secara automatik sy menjadi ahli?

      Delete
    3. Salam. Masalah jerawat bole terjadi atas pelbagai sebab. Utk permulaan, saya cadangkan minum Nutrelle (utk dtox) dan Redianze (utk pemulihan dari dalam) utk selama sekurang2nya 6 bulan bg melihat keserasian produk dgn tubuh kita. Belian rm200 ke atas bole register dgn saya utk menjadi ahli.

      Delete
  82. Salam....saya mempunyai masalah skin tag/ kutil2 di wajah....bolehkah produk redianze menghilangkan kutil2 tsbt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya tidak pasti tetapi boleh cuba menggunakan Redianze dan Hydralisse utk mengelakkan pertumbuhan kutil yg baru.

      Delete
  83. KOta kinabalu sabah ada ajen/ stokist ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada. Bole ke eskayvie.com utk enarai pengedar di sana. Bole juga beli dgn saya.

      Delete
  84. salam
    saya berumur 29 thun,
    masalah saya adalah parut jerawat d muka
    n kdg2 jerawat stil naik 2-3 biji
    jd produk mana patut saya ambil?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Untuk produk pemakanan bole mbil Redianze dan Nutrelle utk masalah yg disebut. Bg penjagaan luaran pula bole gunakan Hydralisse utk licinkan kulit

      Delete
  85. slm.ibu sy 65 thn, sakit lutut,bahu spai ke jari,jarijari bengkak.produk apa sesuai? sy pula 37 thh sakit bhgian pinggul,lenguh baahu spai lengan,susah nak tidur malam,apa yg sesuai utk sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan dan ibu puan boleh mencuba produk redianze dan juga nutrelle.

      Delete
  86. Kalo muka ader bekas cacar air...yg berlubang tu...blh hilang tak????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah dengan pengguna redianze yang berterusan kesan cacar boleh hilang

      Delete
  87. saya pernah mengambil produk collagen dr jenama lain tetapi ianya pure dan rase tidak sedap dan perlu dicampur dgn kordial/madu spy dapat ditelan. adakah redianze juga begitu?

    satu lg, adakah redianze memerlukan shaker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap belian pertama kali saya akan memberi shaker. Redianze tak perlu dicampur dengan cordial kerana rasanya sangat sedap dan boleh diminum begitu saja.

      Delete
  88. redianze tidak larut air?
    berapakah jumlah kolagen dalam redianze?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Redianze larut dalam air dan kandungan kolagen dalam redianze adalah sebanyak 5000mg

      Delete
  89. berapakah saiz sebenar molekul collagen dlm redianze?

    ReplyDelete
  90. saya telah mengambil redianze selama tiga bulan. rambut saya semakin banyak luruh dan berkelumumur. Adakah itu kesan biasa drpd saya mengambil rianze?

    ReplyDelete
  91. saya nak tnya mcmmana dgn masalah ibu sy yg selalu mengalami masalah skt sendi...sakit lutut,lenguh2 badan dan ssh utk tidur..dah byk produk digunakan tp tdak berkesan ..apakah radienze ni sesuai utk ibu saya yg mengalami masalah tersebut? utk pengetahuan ibu sy hanya bergantung pada kerusi roda untk bergerak...adakah produk radianze ini dapat membantunya.?.beliau jg mempunyai masalah kencing manis ,darah tinggi,dan kolestero.tp semuanya under control...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu puan boleh mencuba menggunakan redianze dan juga nutrelle. Secara amnya produk redianze sesuai untuk semua orang tetapi apapun produk kesihatan akan bergantung kepada penerimaan badan pengguna. Cuba ambil selama 3 bulan untuk melihat kesesuain produk

      Delete
  92. Assalamualaikum... boleh saya tahu di mana saya boleh dapatkan redianze di perlis?

    ReplyDelete
  93. Hi..radianze boleh membantu masalah bell palsy? Saya mengalami masalah ini selama 3 bulan.

    ReplyDelete
  94. HI.. saya nak tahu macammana nak dapatkan produk ini secara borong dengan harga yang sedikit kurnag kerana saya dan ibu saya memakan produk ini...

    ReplyDelete
  95. Assalamualaikum,boleh ke saya amalkan makan produk ini ,saya sekarang sedang makan ubat drpd.hospital.Iaitu ubat ,jantung,kolesterol dan darah tinggi dan juga saya ada masalah paru2. Saya telah menonton rancangan produk ini ditv pagi tadi. Saya nak mencubanya. Bolehkah??

    ReplyDelete
  96. salam, sye ingin bertanya, adakah pesakit radang otak dan juga bekas pesakit kanser sesuai untuk mengambil produk ini? terima kasih

    ReplyDelete

There was an error in this gadget